Saturday, 4 February 2017
PERKAHWINAN DIUJI.. AMIR RAJA LAWAK TAMPIL DEDAH KEADAAN TERKINI RUMAH TANGGANYA
Perkahwinan Amir Raja Lawak dan isteri Nur Intan Syafinaz nyata diuji apabila masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah hampir 2 tahun bernikah.
Pasangan ini kini masih tabah dan bersabar dengan ujian ini. Sudah tentu ramai yang sering bertanya soalan ini kepada Amir dan isteri.
Amir tidak berasa tertekan dengan perkara ini dan sentiasa tenang kerana rezeki mereka untuk menimang cahaya mata belum tiba.
Ini komen Amir tentang kisah terkini rumah tangganya:
“Kalau diikutkan memang saya mahu timang anak tetapi Allah belum beri rezeki lagi jadi saya letakkan perkara itu kepada rezeki.
“Seronok juga kalau ada anak di rumah tetapi saya tidak berasa tertekan apabila ditanya soal itu kerana saya anggap pertanyaan itu perkara biasa”.
Kerana masih belum ada anak, Amir mengatakan ianya mempunyai hikmah tersendiri.
Pelawak ini menyifatkan hubungan mereka masih dalam peringkat ‘berbulan madu’. Mereka sering berkepit bersama.
Ini jelasnya:
“Allah belum beri rezeki anak tetapi dia beri rezeki untuk saya manfaatkan masa bersama isteri dan kalau sudah ada anak nanti mungkin kami tak boleh ‘berkepit’ macam sekarang.
“Alhamdulillah saya dikurniakan seorang isteri yang cukup baik dan dia sentiasa ada di sisi malah sering ikut ke mana sahaja saya pergi.
“Tak terasa pun sudah dua tahun berkahwin tetapi rasa macam masih berbulan madu”.
Untuk pengetahuan, Amir dan Intan berkahwin pada 14 Mac 2015.
Sumber asal: beritamemey.blogspot.com
0 Response to "PERKAHWINAN DIUJI.. AMIR RAJA LAWAK TAMPIL DEDAH KEADAAN TERKINI RUMAH TANGGANYA"
Post a Comment