“Masyarakat tidak perlu risau kembalinya dia ke sini,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika mengulas kemasukan bekas banduan perogol bersiri, S Selva Kumar ke Malaysia.
Perogol bersiri paling berbahaya Selva Kumar kini tinggal di Selangor, masyarakat tidak perlu risau kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
Menurutnya, polis telah ambil tindakan yang perlu.
“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana kita akan memantau secara berkala pergerakan dia (Selva) sepanjang dia di sini.
“Bagaimana caranya itu terserah kepada polis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Mengulas tentang tempat yang akan Selva akan tinggal buat masa ini, dengan ringkas beliau berkata, Selva Kumar akan menginap di Selangor.
Hari ini, Sarawak mengikut jejak Sabah mengharamkan kemasukan bekas banduan perogol bersiri, S. Selva Kumar, ke negeri itu.
Selva Kumar pulang ke Malaysia semalam setelah menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada kerana melakukan 19 kesalahan serangan seksual, 28 kesalahan menggunakan bahan berbahaya, 10 kesalahan melakukan pelbagai serangan dan berbelas kesalahan lain.
Sumber: Sinar
Sumber Perogol bersiri paling berbahaya Selva Kumar kini tinggal di Selangor, masyarakat tidak perlu risau kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com
0 Response to "KENYATAAN KHAS PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH BUKIT AMAN TENTANG SELVA KUMAR UNTUK RAKYAT MALAYSIA"
Post a Comment