(5 Gambar) Lelaki Ini Sangka Dia Bela Anak Kucing Biasa, Dah Besar Barulah Dia Tahu,Yang Sebenarnya Kucing Itu Adalah...

Lelaki Ini Menyangka Dia Membela Anak Kucing Biasa, Dah Besar Barulah Dia Mengetahuinya!
Seorang petani menjumpai empat ekor anak kucing di ladangnya ketika dia sedang melakukan rutin hariannya. Dia menyangka kucing-kucing itu hanyalah kucing biasa, cuma kucing tersebut mempunyai corak berbeza pada badan mereka.

Kucing-kucing tersebut masih terlalu kecil dan mereka masih tidak dapat membuka mata. Petani tersebut tahu bahawa mereka memerlukan penjagaan yang rapi dan ingin membantu mereka untuk hidup kuat dan sihat.


Memandangkan dia tidak pasti cara menguruskannya, dia meminta bantuan pakar. Dia telah menghubungi Kawasan Simpanan Semula Jadi Daursky, yang terletak berhampiran dengan ladangnya. Mereka mendapati kucing-kucing tersebut ialah kucing Pallas atau Manul, iaitu kucing liar yang berasal dari Asia Tengah.

Walaupun kucing jenis ini tidak sebesar kucing biasa, mereka lebih lebar dan mempunyai muka dan telinga yang sedikit berbeza. Kucing jenis ini adalah keturunan kucing moden yang paling awal dan tidak berubah sejak 12 juta tahun.


Kemungkinan ibu kucing-kucing ini melahirkan anak di ladang, yang berdekatan dengan kawasan meletakkan kereta. Tetapi apabila kereta bergerak keluar dari kawasan itu, ibu kucing itu mungkin ketakutan dengan bunyi itu dan meninggalkan anak-anaknya untuk menyelamatkan diri. Pihak simpanan semula jadi telah mengambil anak kucing tersebut untuk dibawa ke ibu pejabat.

Anak-anak kucing tersebut memerlukan ibu angkat yang boleh menyusukan mereka. Anak-anak kucing Manul adalah sangat kecil dan buta, tetapi tetap menunjukkan keganasan melalui bunyi apabila manusia menghampiri mereka. Pihak penyelamat berjaya menemukan dua ekor kucing domestik untuk menyusukan mereka dan ibu angkat tersebut juga gembira untuk menjaga anak-anak kucing itu.


Walaupun mereka telah membesar dengan besar dan kuat, mereka terpaksa bertarung dengan penyakit. Apabila telah berusia sebulan, anak-anak kucing ini telah menunjukkan tanda-tanda toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh toxoplasma, yang dipindahkan melalui daging yang tidak dimasak, atau melalui tanah, atau najis kucing).

Manul ini perlu diperkenalkan semula kepada habitat semula jadi mereka. Mereka telah mula menunjukkan kecenderungan untuk menyerang manusia. Namun, kucing ini tidak dapat menahan cuaca sejuk dan menjadi kurus. Mereka dibawa semula ke pusat jagaan dan dihantar ke habitat mereka pada musim bunga, yang mana cuaca dan makanan lebih sesuai untuk mereka.




Kredit

0 Response to "(5 Gambar) Lelaki Ini Sangka Dia Bela Anak Kucing Biasa, Dah Besar Barulah Dia Tahu,Yang Sebenarnya Kucing Itu Adalah..."

Post a Comment