Ini Jawapan Dari Mufti Berikutan Kekecohan Di Media Sosial Kononnya Dakwat/Pasi Sotong Haram Untuk Dimakan... Sila Sebarkan Agar Semua Tahu!!


Beberapa minggu yang lalu telah viral berkenaan hukum memakan dakwat sotong atau dikenali sebagai pasi apabila seorang pengguna sosial media memuat keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Lima Penggal Ke Sembilan bersidang pada 7 Disember 2011 bersetuju mengekalkan keputusan fatwa Allahyarham Syed Yusuf Ali Az-Zawawi (bekas Mufti tahun 1953 hingga 1975 ) iaitu pasi sotong najis kerana cecair itu kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama.
Ini kerana menurut fatwa tersebut pasi itu termausk dalam kategori bahan kumuhan binatang dan mereka yang normal tidak akan memakan cecair tersebut.
Akan tetapi terdapat beberapa perbezaan pendapat seperti daripada pensyarah kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Yamin Hanani Mohd Safian.
Dr Yasmin mengatakan kepada Harian Metro, pasi sotong bukanlah najis atau hasil penyahtinjaan dan ia adalah sejenis pigmen berwarna gelap yang akan dilepaskan oleh sotong apabila terasa diancam.
“Makanan ini mengikut hukum uruf (menjadi kebiasaan masyarakat setempat) di pelbagai negara sama ada digunakan dalam makanan atau sebagai pewarna mahupun perencah dan ia boleh dimakan.” ujarnya yang juga merupakan Ahli Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.
Manakala Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga ada menjawab persoalan berkenaan ini dilaman web rasminya yang bertarikh 22 November 2016.
Begitupun jelas beliau, mengikut mazhab Syafie, hukum memakan sotong harus dan ia sebahagian daripada haiwan laut diharuskan untuk dimakan.
“Dalam konteks pasi, ia sebahagian daripada anggota sotong yang boleh dimakan dan diambil manfaat.
“Oleh itu, dengan mengambil kira faktor ini, memakan pasi sotong bukan sesuatu yang kotor, malah ia menjadi uruf setempat sesebuah masyarakat,” menerusi jawapan tersebut.
Pendapat ini turut sejajar dengan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin yang berpendapat dakwat sotong tidak haram dimakan jika tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada kesihatan.

0 Response to "Ini Jawapan Dari Mufti Berikutan Kekecohan Di Media Sosial Kononnya Dakwat/Pasi Sotong Haram Untuk Dimakan... Sila Sebarkan Agar Semua Tahu!!"

Post a Comment