'Apa Pencapaian Kau Nak Tulis Buku?' - Sharnaaz


#Pelakon tempatan, Sharnaaz Ahmad hari ini secara tiba-tiba mengeluarkan beberapa siri twit di Twitter yang dilihat sebagai keluhan beliau.

#Twit-twit itu dipercayai ditujukan oleh Sharnaaz kepada seseorang.

#"Apa pencapaian ko nak tulis buku? Dude tak semua atas muka bumi ni tuhan cipta yg ko ada bakat." tulis Sharnaaz di twit pertama.

#Kemudian, Sharnaaz menyambung: "Aku tak pernah suka ko, sbb fanatik ko dan perangai berlagak konon ko sempoi & fames sampai tak kenal sapa otai.. tapak kaki menunggu jilaka"

#Beberapa minit selepas itu, Sharnaaz menyambung: "Ko A samad said ka? Zahiril adzim ka? Beto ka? Brp tinggi sastra ko? Brp banyak award ko dan sumbangan? Harap suara kambing? Utoh la ba-kai".

#Namun, tidak dapat dipastikan kepada siapa twit-twit ini ditujukan kerana Sharnaaz tidak menyebut sebarang nama.

#Tetapi, twit-twit dari Sharnaaz itu menjadi viral di media sosial sehingga mendapat ratusan retweet dalam masa beberapa minit sahaja.

0 Response to "'Apa Pencapaian Kau Nak Tulis Buku?' - Sharnaaz"

Post a Comment